Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

:: Kejamnya Manusia! Boikot Susu Awal Lembu! ::

Astagfirullah is all I can say.. apa la nak jadi dengan manusia ni.. kejamnya.. tergamak pisahkan anak lembu dengan ibunya semata2 nak amik susu awal lembu yang penuh dengan colustrum. Pastu letak plak anak tu menangis2 sebelah ibunya supaya ibu dapat keluarkan lebih banyak susu. bangang! Pastu kalau binatang ganas sikit je dgn manusia, semua orang melenting.. bila kita kejam dengan binatang takde siapa bersuara.. Astagfirullah!

Original Image

Sunday, March 4, 2012

:: Heinz Inspired Baby Food ::

Salam Peeps!

I am an overachiever when it comes to Ziqri. I make sure give the best I possibly can to him. I make sure his clothes are washed with hypo-allergenic detergent (I have asthma so I am very specific and strict about this. I use Pureen), his bottles and cutleries boiled regularly and washed with Liquid cleanser specially for bottles and nipples (I used Pureen too). I make sure he gets the best nutrients and therefore I make sure I breastfeed him exclusively. It was not easy at first, trust me.. But my desire to give the best to my precious, made me try everything under the sun, so that my breasts produce the precious milk. I drink more than 3 litres of plain water everyday, I drink soy, milk, I eat fenugreek, white carrots, I massage my breasts, I pump regularly and most importantly, I pray and ask from God (Ya Allah, murahkan rezeki anakku, banyakkan susuku supaya aku dapat menyusukan sehingga 2 tahun).

Thursday, February 23, 2012

:: Interesting article : Do We Need Breastfeeding Laws? ::



Original article here

I stumbled upon this very interesting article about breastfeeding. How awesome is Indonesia!!! Obviously their government is very serious about the people's health and wellbeing. And obviously they dont impose laws to be popular and liked by the people.. they impose laws for the benefit of their nation. Good on you Indonesia!!

Tuesday, January 31, 2012

:: Breastfeeding Is Sunnah ::



Salam fellow mortals..

I've shared this video on my Facebook, because I think this video is brilliant... And since I no longer have a Facebook account, I'm sharing this again here.. For those who have seen this on my wall, good for you. For those who havent, please please watch it.

To those who are passionate about breastfeeding and thinks every mother should breastfeed, be a peer counselor.. CLICK HERE

p/s: Mood for today, ANNOYED!! First, Ziqri couldnt sleep last night and therefore mommy is sleep deprived, then my car key was left inside my locked car, then the traffic to work was shitty. I'm hungry but too lazy to eat. I have my bekal for lunch.. just gonna eat that.. (yes, i bring food from home everyday to save some money) Maybe instead of me trying to understand people, people should try to understand me for a change! I am human too.. Try to open ur heart and listen to my side of the story. 

Take care peeps.. Hope your day is going to better than mine. 

Friday, January 13, 2012

:: Recipe :: Khasiat Jintan Manis

Source: http://yatt-lateef.blogspot.com/




Kandungan Jintan Manis:- Vitamin C-B-A, garam galian (phosphorus, iron, magnesium, copper, potassium dan calcium), galian sureh (molybdenum, manganese dan foliate) , asid amino, tinggi-serat dan rendah-kalori.



Bahan:
Jintan Manis
Cuka Epal
Madu
Air


Khasiat & Kelebihan Jintan Manis:


--[01]-- Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja dan tidak terasa senak perut! Sistem metabolisma menjadi lebih teratur dan semestinya ia membantu melangsingkan badan!

--[02]-- Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
Jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper dan kemas!

--[03]-- Kawal tahap kolesterol
Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.

--[04]-- Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh2 otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.

--[05]-- Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!

--[06]-- Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf. Dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.

--[07]-- Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)

--[08]-- Pelbagai manfaat lain
Jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk dan membuang kahak.


Cara Penyediaan Teh Jintan Manis:


- Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.

- Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi.

- Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.

- Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima.

- Kacau dan minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).

- Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan anda!!!)







Cuba lah secawan teh jintan manis ini. Jika diamalkan berterusan, anda akan merasa fadilat dan kebaikannya pada tubuh badan. Ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yang membersih darah, buang pinggang, paru-paru dan limpa.

Thursday, December 15, 2011

:: Doa Banyakkan Susu ::

Again, info about brestfeeding. To those who are doing it, I understand sometimes we fear the worst.. milk supply depletion!! Fear not.. Percaya bahawa susu tu rezeki anak kita.. Hanya Allah yang memberi rezeki.. So, mintalah padaNya.. Breastfeeding is a sunnah. We are doing a noble thing.. Congrats mommiesss!!

p/s: I am not anti milk formula. Trust me I'm not! I was only breastfed for a couple of months as a baby and I turn up healthy.. So whenever I hear non-breastfeeding mothers explaining themselves left n right when asked questions like.. u bagi susu badan ke?, I feel sad. You dont have to explain yourself dear mothers! You are doing what you think is best for your child. So the next time people ask, "You bagi susu badan ke?" answer proudly.. "Haah.. I bagi s26.." then shut up and smile! Dont explain why you dont breast feed. If they are mothers, chances are, they too understand, and they wont judge.

These info was emailed to me by a dear friend, Mr Asbanizam. The email was forwarded from his wife of course. Thank you so much Mr & Mrs Asba.. Besarnya pahala korang membantu ibu2 tanpa jemu! Allah je yang dapat membalas..

............................................................

Kadang-kala kita terlampau sibuk mencari-cari benda untuk memperbanyakkan susu sampai terlupa kepada Yang Memberi Rezeki. Sedangkan kepada Dialah yang layak kita minta.

Walau macam mana pun kita usaha tetapi kalau Allah tak izinkan maka tentunya tiada rezeki di situ.

Jadi, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah.

Mungkin kerana hubungan kita dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablum minannaas) yang tak berapa cantik menyebabkan Allah menguji kita dengan pelbagai ujian dan teguran. Apa kata kita cuba check amalan kita seharian dan tambahkan amalan di bawah untuk membantu membanyakkan lagi rezeki anak kita.

1. Amalkan doa di bawah
“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…” 

2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya

3. Amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun

  
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.

5. Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.