Friday, December 16, 2011
Thursday, December 15, 2011
:: Doa Banyakkan Susu ::
Again, info about brestfeeding. To those who are doing it, I understand sometimes we fear the worst.. milk supply depletion!! Fear not.. Percaya bahawa susu tu rezeki anak kita.. Hanya Allah yang memberi rezeki.. So, mintalah padaNya.. Breastfeeding is a sunnah. We are doing a noble thing.. Congrats mommiesss!!
p/s: I am not anti milk formula. Trust me I'm not! I was only breastfed for a couple of months as a baby and I turn up healthy.. So whenever I hear non-breastfeeding mothers explaining themselves left n right when asked questions like.. u bagi susu badan ke?, I feel sad. You dont have to explain yourself dear mothers! You are doing what you think is best for your child. So the next time people ask, "You bagi susu badan ke?" answer proudly.. "Haah.. I bagi s26.." then shut up and smile! Dont explain why you dont breast feed. If they are mothers, chances are, they too understand, and they wont judge.
These info was emailed to me by a dear friend, Mr Asbanizam. The email was forwarded from his wife of course. Thank you so much Mr & Mrs Asba.. Besarnya pahala korang membantu ibu2 tanpa jemu! Allah je yang dapat membalas..
............................................................
Kadang-kala kita terlampau sibuk mencari-cari benda untuk memperbanyakkan susu sampai terlupa kepada Yang Memberi Rezeki. Sedangkan kepada Dialah yang layak kita minta.
Walau macam mana pun kita usaha tetapi kalau Allah tak izinkan maka tentunya tiada rezeki di situ.
Jadi, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah.
Mungkin kerana hubungan kita dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablum minannaas) yang tak berapa cantik menyebabkan Allah menguji kita dengan pelbagai ujian dan teguran. Apa kata kita cuba check amalan kita seharian dan tambahkan amalan di bawah untuk membantu membanyakkan lagi rezeki anak kita.
1. Amalkan doa di bawah
“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
3. Amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
5. Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.
Thursday, December 8, 2011
Meet Uncle Hussein Feat Hazama - POKOK
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
Subscribe to:
Posts (Atom)